1. Makan dengan cepat atau gelojoh
Tabiat selalu makan dengan gelojoh bukan
sahaja menampakkan kita seorang yang tak sopan, bahkan memberi kesan
kepada kesihatan atau lebih tepat berat badan. Ini disebabkan jika
kebiasaan makan dengan gelojoh, kita akan cepat kenyang tapi awas. Kita
juga akan berasa cepat lapar semula berbanding dengan orang yang makan
dengan perlahan. Dalam jurnal American Dietetic Association, orang yang
makan dengan perlahan mengambil 66 kalori kurang dari orang yang makan
dengan cepat. Jika setiap hidangan kita ambil dengan kadar tersebut,
berat badan akan berkurangan 20 pounds dalam masa setahun.
2. Kerap menonton Televisyen.
Ini juga boleh menjadi perangsang kepada
kenaikan berat badan. Jika hanya menonton TV tanpa makan dan minum ,
mungkin tak sampai tahap berat badan bertambah. Tetapi yang menjadi
masalah, kebanyakan penonton televisyen akan menikmati makanan ringan
atau snek yang berkalori tinggi atau tak berkhasiat sambil menonton TV.
Sebaiknya cari snek yang rendah kandungan gula serta perisa tambahan,
dan pilih yang mempunyai protein dan fiber yang tinggi.
3. Kurang Minum Air Terutamanya Air Mineral
Pengambilan air yang secukupnya sangat
penting untuk tubuh badan. Minum air dalam kuantiti yang banyak
membolehkan sistem pencernaan berjalan dengan sempurna. Selain itu air
juga berfungsi stabil kan suhu badan serta menyingkirkan toksik melalui
peluh. Air bukan saja sinonim dengan kesihatan malah kecantikan. Sering
kita dengar pakar kecantikan mengatakan air baik untuk kulit yang sihat
dan cantik.
4. Makan pada lewat malam.
Tubuh badan memerlukan rehat pada waktu
malam setelah kita bekerja beberapa jam pada sebelah pagi. Begitu juga
dengan sistem pencernaan, amat lah tidak efektif makan waktu lewat malam
kerana tubuh badan dalam keadaan rilex serta tidak dapat membakar
kalori makanan dengan sempurna. Mengikut sunnah Nabi Muhammad Rasulullah
S.A.W, baginda makan pada waktu petang , dan waktu malam hanya menjamah
makanan ringan seperti kurma atau buah-buahan.
5. Makan dengan Kuantiti yang banyak.
Adalah lebih baik jika kita kerap makan
dalam kuantiti atau jumlah yang sedikit berbanding hanya beberaa kali
makan tapi dengan jumlah yang banyak. Secara logiknya, pengambilan
makanan sedikit mengambil masa yang cepat untuk dicernakan seterusnya
mengelak pengumpulan lemak berlebihan.
Note
: Badan yang sihat berasal dari pengambilan makanan yang berkhasiat.
Tabiat di atas mungkin kita tahu tapi kadangkala tak ambil peduli.
Selain menjaga pemakanan, senaman cukup juga petua yang sentiasa diberi
oleh mana-mana pakar kecergasan.
Insyallah entry akan datang aku akan
post mengenai Sunah Nabi Muhammad S.A.W dalam pemakanan . Cara dan pola
pemakanan baginda adalah yang terbaik daripada semua cara pemakanan
barat. :D
No comments:
Post a Comment