.

.


..I D A M A N K U..

..I D A M A N K U..

KEBESARANNYA







tujuh kalimat yg harus dbiasakan.

1.Bismillahirrahmanirrahiim :)
Setiap kali hendak melakukan sesuatu.

... 2.Alhamdulillah :)
Setiap kali habis melakukan sesuatu.

3.Astaghfirullah :)
Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.Insya Allah :)
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah :)
Bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun :)
Jika melihat/menghadapi musibah.

7.Lailaha illallah :)
bacalah siang & malam sebanyak2nya.

Sila Share Di Facebook Anda.

Rasulullah SAW bersabda :-

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala... ''

IBU , EMAK , UMMI , MAMA



Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
... ...
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati....... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku...... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari..... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu

2-4 orang : Kamu sayang ibumu

5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu

sekadar renungan kita bersama....HARGAILAH IBU ANDA SELAGI DIA MASIH ADA DI DUNIA:-)

5 Tabiat Membuatkan Tubuh Badan Anda Gemuk

TABIAT PEMAKANAN TIDAK SEIMBANG 300x180 5 Tabiat Membuatkan Tubuh Badan Anda Gemuk

1. Makan dengan cepat atau gelojoh
Tabiat selalu makan dengan gelojoh bukan sahaja menampakkan kita seorang yang tak sopan, bahkan memberi kesan kepada kesihatan atau lebih tepat berat badan. Ini disebabkan jika kebiasaan makan dengan gelojoh, kita akan cepat kenyang tapi awas. Kita juga akan berasa cepat lapar semula berbanding dengan orang yang makan dengan perlahan.  Dalam jurnal American Dietetic Association, orang yang makan dengan perlahan mengambil 66 kalori kurang dari orang yang makan dengan cepat. Jika setiap hidangan kita ambil dengan kadar tersebut, berat badan akan berkurangan 20 pounds dalam masa setahun.

2. Kerap menonton Televisyen.
Ini juga boleh menjadi perangsang kepada kenaikan berat badan. Jika hanya menonton TV tanpa makan dan minum , mungkin tak sampai tahap berat badan bertambah. Tetapi yang menjadi masalah, kebanyakan penonton televisyen akan menikmati makanan ringan atau snek yang berkalori tinggi atau tak berkhasiat sambil menonton TV. Sebaiknya cari snek yang rendah kandungan gula serta perisa tambahan, dan pilih yang mempunyai protein dan fiber yang tinggi.

3. Kurang Minum Air Terutamanya Air Mineral 
Pengambilan air yang secukupnya sangat penting untuk tubuh badan. Minum air dalam kuantiti yang banyak membolehkan sistem pencernaan berjalan dengan sempurna. Selain itu air juga berfungsi stabil kan suhu badan serta menyingkirkan toksik melalui peluh. Air bukan saja sinonim dengan kesihatan malah kecantikan. Sering kita dengar pakar kecantikan mengatakan air baik untuk kulit yang sihat dan cantik.

4. Makan pada lewat malam.
Tubuh badan memerlukan rehat pada waktu malam setelah kita bekerja beberapa jam pada sebelah pagi. Begitu juga dengan sistem pencernaan, amat lah tidak efektif makan waktu lewat malam kerana tubuh badan dalam keadaan rilex serta tidak dapat membakar kalori makanan dengan sempurna. Mengikut sunnah Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W, baginda makan pada waktu petang , dan waktu malam hanya menjamah makanan ringan seperti  kurma atau buah-buahan.

5. Makan dengan Kuantiti yang banyak.
Adalah lebih baik jika kita kerap makan dalam kuantiti atau jumlah yang sedikit berbanding hanya beberaa kali makan tapi dengan jumlah yang banyak. Secara logiknya, pengambilan makanan sedikit mengambil masa yang cepat untuk dicernakan seterusnya mengelak pengumpulan lemak berlebihan.

piramid makanan 5 Tabiat Membuatkan Tubuh Badan Anda Gemuk

Note : Badan yang sihat berasal dari pengambilan makanan yang berkhasiat. Tabiat di atas mungkin kita tahu tapi kadangkala tak ambil peduli. Selain menjaga pemakanan, senaman cukup juga petua yang sentiasa diberi oleh mana-mana pakar kecergasan.
Insyallah entry akan datang aku akan post mengenai Sunah Nabi Muhammad S.A.W dalam pemakanan . Cara dan pola pemakanan baginda adalah yang terbaik daripada semua cara pemakanan barat.  :D

Kelebihan dan Keburukan Melancap !

Kelebihan dan Keburukan Melancap !


 mentang mentang khamis malam jumaat , buat tajuk ni eh … eh apa kena mengena pulak ?? tiada    kaitan langsung.. malam ni lah kena baca Yasin , sedekahkan kepada orang yang meninggal..  jangan fikir bukan bukan ye…. apa apa pun aku nak kongsi sedikit tentang melancap … aku tak tahu sangat melancap ni apa….  apa tu? sejenis kuih ? kasut ? korang jawab la sendiri…
so aku nak share dengan korang kelebihan melancap , aku ada dengar sedap , nikmat..  bunyi macam best je kan… makanan ke tuh???

1) melancap adalah haram , kecualilah , takut terjebak dengan perzinaan dan masih lagi bujang serta tidak mampu untuk berkahwin..

haaa , korang jangan … takde maknanye nak terjebak jebak tu.. boleh kawan diri kan…

2) Ibnu Abbas, Hassan al- Basri , mengharuskannya ….
 
walaupun harus , korang jangan mengada-ngada nak melancap.. cepuk kang…

3) Melancap adalah satu proses pertumbuhan yang normal , namun tidak semua individu boleh melakukannya… 
 
walaupon normal ke subnormal.. elakkan lah ok…

4) melancap adalah satu cara untuk mendapat keseronokan seksual tanpa risiko untuk mengandung  atau menghidap penyakit kelamin.. 

amboi , memang la takde risiko .. tapi ingat , melancap tu haram……

jom kita tengok keburukan melancap pulak.. better korang baca keburukan dari kelebihan…
1) menyebabkan keletihan dan mengantuk.
2) risiko kanser prostet
3) selalu berak sembelit
4) urat saraf akan bermasalah
5) merosakkan 4 organ penting : jantung , hati ,  otak dan perut
6) badan menjadi bongkong. saraf tunjang rosak
7) zakar akan menjadi kecil dan tidak tegang lagi dan akan jadi lemah
8 ) keguguran rambut
9) boleh menyebabkan kemandulan
10) sakit belakang sekiranya terlalu lama berdiri atau berjalan

tengok !!! keburukan lebih banyak dari kelebihan kan.. jadi jangan la melancap wahai kawan-kawan.. tak elok untuk kesihatan.. kang tak pasal pasal mandul… camne nak dapat anak nanti.. kalau lah tak tahan sangat,pergi cari calon , kahwin.. jangan nak cerewet…

KEPADA JEMAAH STN18 DAN LGSTN18

PESANAN DARI AYAHANDA PADUKA HJ.JARANI > ///as'kum, sy Ayahanda Hj.jarani dn Jemaah dgn sgla hrmtnya mnjmput semua Ayahda2/Kekanda2/Abng Long2/adinda2 db smua saudara seperjuangan srta keluarga yg di kasihi hadir ke majlis rumah terbuka Aidilfitri hari jumaat mlm sabtu 23/09/2011 Jam8 mlm di kediaman sy lot22 jln dato'sagor,sg Tapah, Ipoh.semoga dgn kehadiran smua dpt menyerikn lg mjlisini dn mngeratkn silaturahim antra kita.sy harap pd semua dpt pnjangkan jemputan ini.terima kasih..///